Thursday, August 12, 2010

Banyaknya Ganjaran Puasa di Bulan Ramadhan



40542_145219462169386_121365484554784_340953_1493187_n.jpg

Terima kasih pada teman saya kerana picture-nya ini
alhamdulillah.
Moga kita akan tetap dalam usaha untuk beribadah di bulan mulia ini dengan sebaiknya. InshaALLAH

--


894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png


"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini

stormreaders1.jpg

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan menunaikan Ibadah Puasa!

Assalamualaikum wbt,
 
Di kesempatan ini, saya dari keluarga StormReaders ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini.
 

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
~Al-Baqarah:185
 

 
 

Sahabat, sempena bulan mulia ini, apa kata anda berikan hadiah kepada diri anda atau kepada yang tersayang, dan kami cadangkan "Soal Jawab Remeh Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya" oleh Dato' Dr Hj Ismail Kamus.

 
Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan sesetengah orang. Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab inadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang tetap.
 
 



-------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.
Galeri Ilmu Online anda.


894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Tuesday, August 10, 2010

Amalan Di Bulan Ramadhan

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah".

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya".

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
"Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad" Rasulullah s.a.w ditanya: "Musibah apakah ya Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan". "Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?", "Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan".


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.

Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
"Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir", kata seorang sahabat, "Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?", Jawab Nabi: "Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati".

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: "Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: "Berapakah jarak antara keduanya?" Ujar Nabi s.a.w: "50 ayat (lebih kurang 15 minit)".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

أهلا يا رمضان


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png


"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Saturday, August 7, 2010

Check out my photos on Facebook

facebook
Muhamed Bin Awang Kechil has:
11 friends
1 wall post
Check out my photos on Facebook
I set up a Facebook profile where I can post my pictures, videos and events and I want to add you as a friend so you can see it. First, you need to join Facebook! Once you join, you can also create your own profile.
Thanks,
Muhamed
To sign up for Facebook, follow the link below:
Other people you may know on Facebook:
Mohd Rushaidin MuhamedMohd Rushaidin Muhamed
Already have an account? Add this email address to your account.
mrushaidin.mygaleriilmu@blogger.com was invited to join Facebook by Muhamed Bin Awang Kechil. If you do not wish to receive this type of email from Facebook in the future, please click here to unsubscribe.
Facebook, Inc. P.O. Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Friday, August 6, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada Tahun ini (2010)


Dari Salman Ra., Beliau berkata, '' Rasulullah berkhutbah di tengah-tengah kami pada akhir Sya'ban,Rasulullah bersabda: '' Hai Manusia telah menjelang kepada kalian bulan yang sangat aggung yang penuh dengan barokah,yang didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan,bulan dimana yang Allah Subhannahu Wa Ta'ala telah menjadikan puasa di dalamnya sebagai puasa wajib,Qiyamullailnya sunnah, barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah Subhannahu Wa Ta'ala dengan satu kebaikan,nilainya seperti orang yang melakukan amalan wajib tujuh puluh kali pada bulan lainnya...dan seterusnya '' ( HR.Ibnu Hujaimah,beliau berkata: hadist ini adalah hadist shahih ).


Dari Ubaidah bin Shomit,bahwa ketika Ramadhan tiba, Rasulullah bersabda: Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan penuh berkah, pada bulan itu Allah Subhannahu Wa Ta'ala akan memberikan naungan-Nya kepada kalian. Dia turunkan rahmat-Nya Dia hapuskan kesalahan-kesalahan dan Dia kabulkan do'a pada bulan itu. Allah Subhannahu Wa Ta'ala akan melihat kalian berlumba2 melakukan kebaikan. Allah akan membanggakan kalian di depan malaikat. Maka perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah Subhannahu Wa Ta'ala, Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah Azza Wa Jalla'' ( HR Tabrani )


ramadhan-karim.jpg


Semoga Ramadhan ini
ibarat pohon-pohon rendang yang redup
memberi perlindungan daripada panas terik
membuat orang-orang mukmin bergembira dengan naungannya

Moga-moga kita dapat rasai
kenikmatan Ramadhan ini
hingga jauh ke lubuk hati
yang paling dalam dan sunyi

ramadhan-uy.jpg

Mudah-mudahan
ianya menjadi syafaat daripada kegawatan
di padang mahsyar yang tak terbayang akal fikiran
Amin

Hadirmu membawa sejuta erti
mendekatkan fitrah yang jauh menyepi
datang melamar damai ke dalam hati
juga mengajar erti menghargai

Ramadhan Al Mubarak
kehadiranmu sentiasa dinanti

ramadhan11.jpg

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua sahabat... moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya


------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/



Wednesday, August 4, 2010

UMAR BIN AB AZIZ R.A & PANDUAN MENDAPATKAN ANAK YANG SALIH


Thursday, January 7, 2010 at 12:01pm


Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-Syafiʻi berkata, "Khulafa' al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz."

Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abdil Hakam (w. 214 H), seorang murid cemerlang Imam al-Syafiʻi di Mesir, pernah menulis riwayat hidup khalifah soleh ini dalam sebuah buku yang berjudul Sirah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu. Beliau membuka buku ini dengan kisah Amirulmukminin Umar bin al-Khattab yang sedang meninjau di tengah malam di sekeliling kota Madinah untuk mengetahui keadaan rakyatnya dari dekat. Tiba-tiba, Umar mendengar dari sebuah rumah suara perempuan tua yang sedang berkata kepada puterinya, "Campurkanlah air ke dalam susu (jualan) itu. Waktu telah hampir pagi."

Anak perempuan itu menjawab: "Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirulmukminin telah melarang perbuatan tersebut." Ibunya berkata lagi: "Semua (pedagang) melakukan itu, maka lakukanlah. Lagi pula Amirulmukminin tidak akan tahu." Anak itu kembali menjawab: "Meski Umar tidak tahu, namun tuhan Umar tahu. saya tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang."

Ucapan ini sangat berkesan di hati Umar. Pada pagi harinya, ia segera memerintahkan anaknya yang bernama 'Ashim untuk mendatangi rumah itu. Ia berkata, "Pergilah wahai anakku dan pinangilah beliau. Ia akan melahirkan seorang satria yang akan menguasai bangsa Arab." 'Ashim melaksanakan perintah itu.

Hasil daripada perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu 'Ashim. Setelah dewasa, Ummu 'Ashim menikah dengan 'Abdul Aziz bin Marwan dan melahirkan seorang anak yang kelak membuktikan kebenaran firasat Umar bin al-Khattab. Anak itu bernama Umar bin Abdul Aziz.

Memilih Pasangan

Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir dari dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Dalam tulisan kali ini, saya hendak mengingatkan hakikat yang mungkin sering kita lupa iaitu bahawa anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.

Seorang ulama akhlak di Mesir yang bernama Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata, "Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri."

Hakikat yang terpaksa kita terima ,bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibu bapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi, kecuali Allah berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meski hal itu tidak mustahil, tapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.

Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka ( orang-orang musyrik ) itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran." (Surah al-Baqarah 2: 221)

Hadis-hadis yang mendukung hal ini pun sangat banyak. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Pilih-pilihlah untuk sperma (mani) kalian." Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan keagamaannya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki keagamaan (yang baik), berdebulah tanganmu."

Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, "Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi s.a.w. memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri), dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama."

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata, "Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat soleh itu sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya."

Para ulama berbeza pendapat tentang makna "berdebulah tanganmu". Sebahagian mengatakan bahawa kalimat ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan orang Arab tanpa mengandung makna apa-apa di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan "kefakiran", ertinya engkau akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.

Kesolehan Ibubapa

Apabila kedua-dua ibu bapa telah menjadi hamba Allah yang sempurna, maka kesan daripada hal itu dapat dilihat pada diri keturunannya. Kesan itu bahkan boleh terus terlihat meskipun mereka telah lama meninggal dunia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja'far al-Kharai'thi (w. 327 H) meriwayatkan dalam kitab Makarim al-Akhlaq dari Ibn Abbas, "Sesungguhnya kebaikan (yang dilakukan seseorang) akan dibalas hingga ke anak cucunya."

Al-Hafiz Abu Nu'aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), "Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya." Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa al-Raqa'iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah.

Makna ini bahkan dapat ditemukan dukungannya daripada al-Quran, iaitu ketika hamba yang soleh (Nabi Khidr) membangunkan rumah milik dua orang anak yatim yang hampir roboh. Apabila Nabi Musa bertanya mengapa ia melakukan perbuatan itu, ia menjawab, "Ayah keduanya adalah seorang yang soleh." (Surah al-Kahf 18: 82). Imam ahli tafsir terkenal berasal dari Andalusia, Abu Abdillah al-Qurtubi (w. 671 H) berkata dalam tafsirnya al-Jami' li Ahkam al-Quran 11/27, "Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menjaga diri orang yang soleh, juga menjaga anak keturunannya meskipun jauh."

Tidak ada penjagaan yang lebih diharapkan orang tua yang soleh selain agar Allah menjaga anak-anaknya daripada perbuatan maksiat yang akan mengundang murka Allah di dunia dan akhirat.

Mendidik Anak

Kesolehan ibu bapa memang modal utama yang mesti dipenuhi, tapi bukan bererti hal itu sudah mencukupi untuk membentuk anak soleh. Pendidikan juga sangat penting dalam menentukan akhlak dan personaliti anak. Dan antara kekeliruan yang berlaku jika kita menyangka bahawa pendidikan anak hanya akan dimulakan ketika ia mencapai usia sekolah.Pendidikan sewajarrnya mesti dimulai jauh sebelum ia diciptakan.

Pertama sekali, ibu bapa yang menginginkan anak soleh harus menerapkan semua adab-adab bersetubuh sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dan disebutkan para ulama di dalam buku-buku mereka. Salah satunya saya nukilkan di sini ucapan Imam Abdul Wahab al-Sya'rani (w. 973 H). Dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq, ia menulis, "Aku sangat menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub."

Selanjutnya, jika Allah menentukan tercipta anak dari hubungan tersebut, maka ibu bapa harus menjaga perkembangan spiritual anaknya dengan menyediakan persekitaran yang islami. Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari berkata, "Aku selalu memelihara perjanjian yang Allah ambil daripadaku ketika aku berada di alam arwah. Dan aku menjaga anakku sejak waktu tersebut hingga Allah mengeluarkannya ke alam dunia."

Tugas mendidik anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadiannya sendiri. Pada saat ini, orang tua harus telah membiasakan anaknya dengan aktiviti tertentu yang akan membentuk jiwa anaknya sesuai dengan apa yang mereka harapkan.

Imam Abu Abdillah al-Dzahabi dalam Siar ʼAlam al-Nubala dari 'Urwah bin al-Zubair bercerita bahawa ayahnya (al-Zubair bin Awwam seorang sahabat Nabi yang gagah berani) meletakkan anaknya, Abdullah bin al-Zubair yang masih berusia 10 tahun, di atas seekor kuda pada perang Yarmuk lalu mengamanahkannya kepada seseorang untuk mengawasinya. Ia melakukan hal itu untuk mengajarkan kepada anaknya erti keberanian dan keperwiraan. Mungkin kerana itu, Abdullah bin al-Zubair kemudian terkenal sebagai seorang panglima yang gagah berani.

Imam Ibrahim bin Adham berkata, "Ayahku selalu berkata kepadaku, 'Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal sebuah hadis, aku akan memberi keapadamu satu dirham. Aku lalu menghafal hadis kerana itu.'" Hingga saat ini, nama Ibrahim bin Adham masih dikenal sebagai ulama yang banyak menyumbang untuk kemajuan ilmu-ilmu keislaman.

Itu juga yang dilakukan Imam Abu Abdillah al-Syafiʻi. Al-Hafiz Abu Nuʻaim dalam Hilyat al-Awlia meriwayatkan bahawa Imam al-Syafiʻi sering melontarkan soalan-soalan fiqah kepada anaknya yang bernama Abu Usman dan muridnya Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata, "Siapa dia antara kalian yang dapat menjawabnya, maka aku akan memberinya satu dirham."

Perhatian Imam Ahmad kepada pendidikan anaknya tidak kurang dari itu. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Saleh bin Ahmad bin Hanbal, "Ayahku (Imam Ahmad) selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertamu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya."

Doa Nabi Ibrahim

Satu lagi yang terpenting, ibu bapa dituntut untuk semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. dan tidak henti-henti meminta penjagaan untuk anaknya. Pemimpin ulama tabiin di Madinah, Said bin al-Musayyab pernah berkata, "Sering kali apabila aku melakukan solat, aku teringat kepada anakku. Lantas aku menambahkan solatku kerananya."

Membiasakan diri dengan mendoakan anak pada saat-saat mustajab adalah sikap terpuji yang mempunyai sandaran kuat daripada Nabi Ibrahim a.s. Setiap kali kita membaca doa-doa Nabi Ibrahim dari al-Quran, kita akan melihat beliau selalu menyertakan anak-anak keturunannya dalam setiap doa yang ia panjatkan kepada Allah s.w.t. Akhirnya, Allah mengabulkan doanya dengan mengeluarkan seorang rasul terbesar di antara anak-anak keturunannya sebagai penutup semua nabi dan rasul.

Imam Ahmad dalam Musnad-nya meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili, ia berkata, "Wahai Nabi Allah, beritahukanlah tentang awal kejadian Nabi." Baginda menjawab yang bermaksud, "(Awal kejadianku adalah) doa bapaku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan ibuku pernah bermimpi bahawa sebuah cahaya keluar daripada tubuhnya lalu menerangi istana-istana Syam."

DIPETIK DARI MAKALAH US UMAR M NOR, MAJALAH SOLUSI EDISI KE 12


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.
Galeri Ilmu Online anda.


894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Saturday, July 31, 2010

FITNAH BOLEH MEMUSNAH

MINDA BISTARI #45 - FITNAH BOLEH MEMUSNAH

Posted On July 8, 2010


TanSriAli.jpg

~~ Chief Executive Officer of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO since January 1, 1982 ~~

(Artikel ini ialah tulisan asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 8 Julai, 2010)

Minggu lalu, ketika bersama rakan dari seluruh negara menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di Tasik Kenyir, Terengganu, saya terbaca berita membabitkan keputusan kes fitnah ke atas Johor Corporation (JCorp). 

Beberapa akhbar nasional melaporkan keputusan mahkamah yang memihak kepada JCorp dan menolak rayuan penulis politik Syed Hussein Al-Attas (Pak Habib) untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001. Beliau turut diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM 1.6 juta kepada JCorp dan saya selaku Ketua Eksekutif JCorp.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya dan JCorp difitnah. Banyak lagi yang berlaku namun tidak berlanjutan secara terbuka sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah.  Saya percaya tohmahan dan fitnah akan terus dilemparkan terhadap organisasi ini terutama daripada pihak yang jelas berniat mengenepikan dan menggagalkan cita-cita dan usaha JCorp serta DPIM dalam menjayakan perjuangan menjadikan bisnes sebagai satu jihad dan menjayakan Waqaf Korporat untuk Jihad Bisnes.  

Hari ini, di Johor khasnya, semakin kuat didengar seruan agar bisnes dan harta JCorp di'faraidkan' untuk kepentingan kelompok tertentu. Mereka beralasan bahawa JCorp sudah 'menyeleweng' daripada matlamat asalnya.  Ada juga yang berpandangan, JCorp, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, terlalu pesat membesar dan terlalu 'bebas'. Justeru, mereka berpendapat JCorp perlu dibendung, dipasung dan dikawal supaya kembali patuh sepenuhnya kepada segala arahan dan peraturan kerajaan.  

Dalam pengalaman saya berkhidmat lebih 30 tahun di JCorp (28 tahun selaku Ketua Eksekutif), terlalu banyak tuduhan, tohmahan dan fitnah telah dilemparkan terhadap JCorp. Kami bersyukur ke hadrat Allah kerana terdapat golongan yang lebih besar yang menyokong dan mendoakan kejayaan kami. Namun bahayanya adalah mereka yang menentang. Sekalipun tidak ramai, terdapat di kalangan mereka orang berpengaruh dan berkedudukan yang boleh digunakan untuk memenuhi hasrat mereka.

Walaupun banyak tuduhan, tohmahan dan tuntutan seperti ini jelas tidak berasas, mereka yang tidak menganalisis secara mendalam akan menerimanya bulat-bulat. Misalnya, tuntutan yang menganjurkan supaya JCorp patuh dan akur sepenuhnya kepada dasar, syarat-syarat perkhidmatan, arahan dan peraturan kerajaan. Pada zahirnya tuntutan ini sangat wajar.

Namun, sekiranya diteliti dengan lebih terperinci dan mendalam, selepas empat dekad bertumbuh dan berkembang, sekalipun di peringkat ibu pejabatnya JCorp adalah sebuah badan berkanun dan agensi kerajaan, 95 peratus aktiviti, pelaburan, aset serta bisnesnya dikendalikan oleh syarikat anak dan syarikat sekutunya.    Sebahagian besar operasinya di atas prinsip bisnes di pasaran, menerusi beberapa syarikat tersenarai (PLC) di dalam dan luar Johor, termasuk luar negara. 

Demikian juga daripada dimensi warga kerjanya. Jumlah anggota pekerja JCorp (bukan 'kakitangan') di ibu pejabat hari ini tidak sampai satu peratus daripada hampir 65,000 keseluruhan anggota kumpulan JCorp. Sumber utama modal dan pembiayaan JCorp kini dibiayai sepenuhnya oleh aliran tunai dan keuntungan bisnes serta pinjaman bank.

Kini JCorp pada asasnya sebuah entiti korporat bebas (namun bukan bertindak sesuka hati). Bagi saya dan rakan seperjuangan di JCorp inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Kerajaan.  Inilah juga teras dan intipati Model Baru Ekonomi (MBE) yang mahukan rakyat dan negara memiliki kreativiti, inovasi dan daya keusahawanan tinggi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, dinamik, berterangkum dan lestari. 

JCorp menganalisis situasi yang mengancam ini untuk mengenal pasti puncanya. Ini perlu kami lakukan secara rasional dan tenang, bertujuan menyusun langkah dan strategi serta mencari jalan terbaik. Jelas sekali fitnah, tohmahan dan semua tuntutan liar, sekiranya dibiar berleluasa, sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap JCorp dan warganya.

Paling berbahaya, jika ada yang sanggup bertindak dan mencari jalan membantut usaha, menghalang perjalanan atau langsung merosak, meruntuh dan memusnahkan organisasi JCorp. Ini juga boleh berlaku apabila mereka menerima informasi yang salah dan maklumat yang tidak tepat mengenai aktiviti JCorp sehingga mudah termakan hasutan dan dakyah negatif yang disebarkan.  

Sebenarnya JCorp sebagai sebuah organisasi yang begitu kompleks juga tidak sunyi daripada kelemahan dan kegagalan. Misalnya, kegagalan Skim Amanah Saham Johor (ASJ) dan Dana Johor (DJ) yang dikendalikan JCorp telah membuat pelabur kecewa akibat terpaksa menanggung hutang dan beban sehingga membenci dan memusuhi JCorp.  Begitu juga dengan mereka yang marah kerana tidak mendapat kontrak dan projek daripada JCorp.  Demikian juga penyewa kompleks dan premis tidak berpuas hati apabila kadar sewa tidak dapat direndahkan untuk memberi subsidi kepada mereka. Isu-isu dimainkan oleh mereka yang anti-JCorp sehingga diibaratkan 'menyimbah minyak ke dalam api'.

Harapan saya dan rakan di JCorp ialah agar perasaan marah tidak dibiarkan bersarang di dalam jiwa. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula dibakar.  Mudah-mudahan kita tidak mudah dihasut dan bertindak memusnahkan kebaikan yang boleh kita hasilkan pada masa depan untuk kepentingan besar bangsa dan ummah, khasnya untuk manfaat generasi kita akan datang.  

Pada 1980an, JCorp pernah menghadapi cabaran hebat survivalnya ketika kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan Negara.  Beberapa GLC kerajaan di peringkat persekutuan (seperti MAS, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), UDA dan Perstima) serta di peringkat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri (PKEN) telah diswastakan kepada beberapa individu. 

Di Johor, fokus utama dasar ini ditujukan kepada JCorp apabila didapati beberapa syarikat, aset dan bisnesnya yang bernilai tinggi. Ketika itu timbul suara lantang yang menganjurkan supaya JCorp turut diswastakan.

Saya masih ingat ketika saya dan rakan seperjuangan di JCorp berdialog dengan sekumpulan anak Johor dalam satu perhimpunan yang dianjurkan di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Suasana begitu tegang dengan laungan menuntut JCorp segera diswastakan.  Antara hujah yang digunakan ialah menuntut segera dilahirkan barisan jutawan Melayu Johor. Ada yang menuduh JCorp tidak bersama menjayakan dasar kerajaan kerana enggan menswastakan syarikat dan bisnes miliknya. JCorp juga dituduh seolah-olah mahu merampas hak Melayu!.  

Ketika itu lagi, kami berdiri tegas dengan prinsip berkhidmat di JCorp sebagai amanah, tanggungjawab dan kewajipan untuk membina bisnes, menambah nilai aset dan syarikat serta memperkukuhkan ekonomi Melayu demi membina dan membela kepentingan besar agama, bangsa dan negara.  Kami tegas memilih untuk tidak menjayakan penswastaan demi mengelak berlakunya kebocoran hak milik Melayu seperti yang berlaku kepada bisnes yang diswastakan.

Dalam konteks ini, tiada seorang pun daripada kalangan eksekutif JCorp yang menadah tangan meminta supaya diberi saham, sama ada menerusi tawaran hakmilik kepada pengurusan (Management Buy-out atau MBO) mahu pun pilihan saham (stock option).

Malah, akhirnya, semua eksekutif dan anggota JCorp (termasuk kalangan pengurusan atasan paling layak diberi keutamaan sekiranya dasar penswastaan dilaksanakan), sebulat suara memutuskan untuk memilih jalan terbaik demi kepentingan jangka panjang bangsa Melayu dan umat Islam. Kami akhirnya menolak jalan penswastaan yang bertunjangkan nafsu-nafsi sehingga tergamak memfaraidkan dan memperibadikan hakmilik yang sebenarnya amanah untuk semua orang Melayu dan seluruh umat Islam.

Atas pertimbangan ini, JCorp memilih menjadikan usaha bisnes kami sebagai satu jihad, yang mudah-mudahan direstui dan diredhai Allah SWT. Langkah inovatif luar biasa segera diambil dengan mengadaptasi peranan institusi wakaf dan menjayakannya dalam konteks bisnes menerusi Waqaf Korporat. Insya Allah, ia mampu melestarikan kepentingan bisnes Melayu-Muslim supaya berkesinambungan generasi demi generasi sehingga kiamat.

Kami bersyukur kerana seluruh ahli dan rakan DPIM turut menerima dan menyambut seruan ini.  Kini kami mengharapkan doa dan sokongan padu masyarakat Melayu dan seluruh umat Islam di Malaysia, supaya bersama membantu menjayakan perjuangan ini.  Ketepikanlah mana-mana hasutan atau anjuran yang berniat menggagalkan perjuangan Jihad Bisnes dan memusnahkan cita-cita JCorp menjadi institusi Waqaf Korporat untuk kepentingan besar ummah.  
 
Muhammad Ali Hashim
7 Julai, 2010


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
QuantumBidadari

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
GaleriIlmuOnline

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png
JihadBisness
rahsia-ebook

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Related Posts with Thumbnails