Thursday, June 24, 2010

MINDA BISTARI #43 - IKTIBAR TRAGEDI CHEROKEE

MINDA BISTARI #43 - IKTIBAR TRAGEDI CHEROKEE

Posted On June 24, 2010

(Artikel ini merupakan artikel asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 24 Jun 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor)

tsri.jpg

Muhammad Ali Hashim

Tan Sri Muhammad Ali is Chief Executive Officer of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO since January 1, 1982.


Dalam siri rencana sebelum ini, saya telah memaparkan betapa masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada jutawan atau bilionair individu dalam senarai 500 terkaya Forbes Asia (atau Fortune 500 di peringkat global). Lantas ahli bisnes dan eksekutif korporat, termasuk semua usahawan Malaysia, berlumba-lumba dan bercita-cita memasuki senarai terbabit.

Keghairahan memasuki senarai Forbes dan Fortune 500 mudah difahami. Siapa yang tidak mahu kaya?  Namun, jarang sekali dilihat masyarakat memikirkan implikasi jangka panjang yang berpotensi melemah dan merosakkan andainya tren ini keterlaluan.

Kenapa Fortune 500 dan Forbes Asia hanya fokus kepada kekayaan individu, dan langsung tidak mengambil kira nilai saham milik bersama masyarakat, misalnya yang dimiliki GLC, koperasi dan seumpamanya, dalam senarai jutawan atau pencapaian cemerlang yang perlu diiktiraf, dicontohi dan diberi dorongan? 

Perhatikan bahawa Fortune 500 dan Forbes Asia berasal dari Amerika. Ini bermakna nilai hidup Amerika yang sangat individualistik dan ideologi bisnes nafsu-nafsi mereka cuba ditonjolkan Forbes dan Fortune dengan niat ia dicontohi oleh bangsa-bangsa lain. 

Sesungguhnya, seluruh sistem ekonomi pacuan bisnes di Amerika meletakkan kepentingan individu di atas segala yang lain. Kesannya, seluruh sistem bisnes dan korporat mereka terfokus kepada individu. Dalam konteks bisnes global yang dikuasai organisasi korporat gergasi mengikut acuan yang Barat perkenalkan, kaedah individualistik ini menyebabkan sistem ekonomi dunia menjadi terlampau "shareholder-centric". 

Ini bermakna kepentingan pemegang saham diutamakan dan hak mereka dilindungi undang-undang sehingga sistem ekonomi seolah-olah tidak lagi bersimpati terhadap kepentingan komuniti dan kebajikan ramai. Ia juga membawa implikasi besar setelah institusi lain dalam masyarakat dirosakkan oleh kepentingan melampau individualistik, termasuk institusi keluarga dan sosial lainnya. Jurang pendapatan semakin melebar dan dalam banyak hal, masyarakat tidak ambil peduli kepentingan mereka yang tidak berada dan berharta.

Nilai individualistik ini telah berakar umbi dalam budaya Amerika sehingga menjadi darah daging mereka. Terdapat peristiwa dalam sejarah pembangunan bangsa Amerika di mana mereka dengan keras memerangi pembawaan yang tidak selari dengan kepentingan individualistik. Misalnya, pemerintah Amerika pernah merampas hak kaum asli Red Indian Cherokee di California dengan menggunakan kuasa undang-undang khas.

Menerusi Akta Dawes (iaitu Dawes Act, 1887), kuasa kerajaan digunakan untuk merampas tanah hakmilik komuniti Cherokee. Senator Dawes (pengasas Akta terbabit) menegaskan bahawa bangsa Cherokee mesti "ditamadunkan" secara paksa, "… kerana mereka tidak mementingkan peribadi, iaitu sesuatu yang menjadi teras kepada tamadun" ("There is no selfishness, which is at the bottom of civilization").

Sebelum kedatangan orang kulit putih, bangsa Cherokee adalah satu-satunya bangsa Red Indian yang tinggi budaya dan berjaya membentuk sistem peradaban serta institusi pemerintahan sendiri berteraskan hakmilik bersama ke atas harta kekayaan yang dipegang komuniti. Namun, setelah ditewaskan kuasa politik dan senjata canggih bangsa kulit putih, sistem budaya mereka dimusnahkan. Peristiwa tragis ini disifatkan seorang penulis Amerika (Willaim Ophuls dalam bukunya bertajuk "Requiem for Modern Politics" atau "Talkin untuk Politik Moden") sebagai "pembunuhan zalim satu budaya" atau satu "cultural genocide" .

Malang yang menimpa bangsa Cherokee ini jelas berpunca daripada perbezaan nilai budaya. Ciri nilai budaya yang bertentangan dengan nilai individualistik dianggap orang kulit putih Amerika sebagai "nyamuk" yang memberi mereka alasan untuk "membakar kelambu" bangsa Cherokee. Matlamat sebenar ialah untuk memaksa bangsa Cherokee berpindah ke pendalaman demi mendapatkan emas yang terdapat dalam tanah yang mereka duduki ketika itu di California.

Biarpun Melayu-Muslim Malaysia mempunyai nasib jauh lebih baik berbanding bangsa Cherokee, kita harus menjadikannya sebagai pengajaran dan iktibar dalam mengatur strategi mencari masa depan yang lebih cemerlang. Sebagaimana bangsa Cherokee, Melayu-Muslim kini terhimpit dalam mengutamakan kepentingan masyarakat dan umat, sekali gus memperjuangkan keadilan serta menegakkan iman dan amanah sebagaimana dianjur Islam. 

Namun, hari ini, ketika Model Baru Ekonomi (MBE) dirangka, terdapat tentangan kuat terhadap anjuran supaya dikekalkan keseimbangan kekayaan ekonomi bagi melindungi kepentingan besar masyarakat sebagaimana anjuran Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini. Antara hujah atau alasan digunakan ialah:-

1. Pelaksanaan dasar pembahagian lebih saksama membabitkan campur tangan kerajaan ke dalam bisnes yang boleh mengakibatkan kronisme, salah guna kuasa dan korupsi. Kita perhatikan doktrin individualistik seperti dianjurkan Amerika tidak senang dengan peranan kerajaan dalam mengurus ekonomi, sekalipun bertujuan memperbaiki ketidakadilan dan merapatkan jurang pendapatan ekstrem;

2. DEB dikatakan mengakibatkan pembaziran sumber setelah berlaku ketidakcekapan pentadbiran apabila pelaksanaan program gagal memanfaatkan kumpulan sasaran. Ini dilihat, misalnya dalam kegagalan program pembangunan usahawan dan membentuk satu masyarakat bisnes dan industri Melayu-Bumiputera berwibawa;

3. Berlakunya ketirisan dan kebocoran hakmilik di kalangan Melayu dan Bumiputera setelah mereka gagal membina keupayaan dan dayatahan serta selepas ramai yang mengambil jalan ringkas dan cara mudah dengan menjual kepentingan,

4. Kebocoran lebih besar kerap berlaku di peringkat atasan (kalangan korporat) sekalipun ada di kalangan mereka yang lebih berpengalaman dan terlatih dalam bisnes dan pengurusan tinggi. Sebagai contoh, terdapat kehilangan hak milik saham bernilai beratus juta ringgit dalam kepentingan beberapa syarikat yang diswastakan. Kesannya, hari ini cuma sejumlah kecil yang dapat bertahan dan menyumbang kepada matlamat menyeimbangkan kedudukan;

5. Kaedah yang digunakan sebelum ini mengikut saluran pentadbiran kerajaan (policy-driven, dan bukan market-driven) menyebabkan kegagalan. Keputusan selalunya dibuat atas budibicara seorang-dua yang berkuasa penuh, khasnya dalam politik atau pakatan beberapa orang pentadbir. Kaedah tidak telus dan terbuka, sekalipun berniat baik telah menimbulkan prasangka dan spekulasi yang lebih merosakkan. Terma penswastaan serta kaedah pembiayaan dan penggunaan sumber awam biasanya diputuskan berdasar pertimbangan politik dan pentadbiran yang arbitrari, sehingga membantut kejayaan. 

Andainya MBE meneruskan kaedah yang sama, kerajaan akan dituduh memilih kasih, langsung merosakkan suasana persaingan di pasaran. Tuduhan seperti ini sangat payah disangkal. Terdapat juga mereka yang menentang DEB menuduhnya sebagai perkauman. Kerana terlalu keras tentangan mereka, kita lihat MBE seolah-olah menjadi apologetik, segan menerima sebarang cadangan dan terhalang daripada mencari strategi keadilan ekonomi bertujuan membela nasib dan melindungi kepentingan golongan bawahan.

Kita akui DEB banyak kelemahan, terutama dalam pelaksanaan. Malangnya, kita seperti telah langsung mengalah. Setelah berlaku banyak kesilapan, kelemahan, keterbabasan dan penyelewengan, seluruh matlamat dasar dan niat asal memperjuangkan keadilan ekonomi seolah-olah diketepikan. Lebih berbahaya, kerana terlalu apologetik dan segan, kita sendiri mengizinkan mereka yang menentang membakar "kelambu" kita dengan mengenepikan salah satu nilai teras perjuangan bangsa yang selama ini menjadi identiti negara, menyatukan dan memperkukuh kestabilan masyarakat Malaysia. Nilai teras ini ialah nilai kesaksamaan dan keadilan sosio-ekonomi yang selama ini meyakinkan setiap warga Malaysia terhadap masa depan bersama.

Yang membimbangkan ialah ciri MBE yang condong membina keupayaan persaingan negara dalam pasaran global mengikut acuan nilai individualistik sepenuhnya. Terdapat tanda-tanda MBE cenderung menciplak sistem ekonomi kapitalisme Barat (ala Amerika Syarikat/Britain), yang terlampau liberal dan terbuka sehingga sanggup mengenepikan sama sekali peranan kerajaan dan memperkecilkan GLC, koperasi dan seumpamanya. 

Dalam mengejar pertumbuhan pesat ekonomi, ramai yang berminat membuang dimensi keadilan ekonomi daripada teras dasar dan pilihan strategi. Ini ghairah dilakukan apabila strategi alternatif yang menjamin keadilan ekonomi tidak diutamakan MBE kerana pemikiran atau mindset mereka yang merangkanya dipengaruhi dan didominasi pemikiran Barat tadi.

Ideologi kapitalis di bawah teraju bisnes dan korporat Barat sangat besar pengaruhnya. Menurut ideologi ini, strategi paling sesuai untuk mencapai pertumbuhan pesat ialah dengan mengutamakan kepentingan individu dan unit kecil, termasuk kepentingan keluarga. Sebagaimana anjuran Forbes dan Fortune, kejayaan diukur daripada sejauh mana harta kekayaan dihimpun di tangan individu dan keluarga. Kepentingan kelompok besar tidak lagi diambil kira dan seolah-olah "tidak bertamadun" kerana tidak berteraskan "selfishness"!

Begitu juga kepentingan komuniti dan masyarakat serta nilai budaya jemaah yang terdapat di kalangan umat Islam dilihat tidak penting. Semua itu disifatkan sebagai jumud dan menjadi penghalang kemajuan serta harus digantikan dengan nilai individualistik ala Barat sebelum negara seperti Malaysia boleh maju ke depan.

Kesimpulannya, kita tidak harus membiarkan nasib malang bangsa Cherokee menimpa Melayu-Muslim dalam mempertahankan nilai dan memperjuangkan pegangan hidup. Kalau pun kita marahkan beberapa ekor "nyamuk" DEB yang membantutkan cita-cita bersama sebelum ini, "kelambu" keadilan ekonomi tidak wajar dibakar.

Kini tiba masanya Melayu-Muslim menegaskan supaya MBE tidak cuma mengambil jalan mudah menciplak sistem ekonomi yang bercanggah dengan nilai budaya Islam dan bangsa Asia lain. Kita perlu terus mengutamakan kepentingan besar komuniti dan masyarakat. Sesungguhnya, tidak harus ada segan dan apologi dalam memperjuangkan keadilan dan menjadikan amanah teras sistem ekonomi negara.

Muhammad Ali Hashim
23 Jun, 2010


7624CA85D1F63F05EB3237359229FFB9.png
QuantumBidadari.blogspot.com

Ini Rahsia Melahirkan Anak Cemerlang

Assalamualaikum wbt,

Semua ibu bapa di dunia ini mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak-anak adalah zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan ibu bapa di dunia ini apabila kita kembali menemui pangillan Illahi. Anak akan mewarisi diri kita, harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggungjawab sebagai pewaris ini. Tetapi anak yang gagal di dalam hidupnya, jangankan mewarisi diri dan harta ibu bapanya, untuk mengendalikan dirinya sendiri pun mungkin tidak termampu.

wahai+anak.JPG

Sebab itu ibu bapa memberikan segenap perhatian untuk melahirkan anak-anak yang berjaya dan cemerlang. Justeru ramai ibu bapa sentiasa tercari-cari kaedah dan teknik bagi melahirkan anak-anak yang hebat ini.

Mendidik anak memerlukan kemahiran dan pengalaman. Ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bakal menyumbang kepada salah didikan dan keruntuhan akhlak anak-anak. Adalah amat berbahaya sekiranya ibu bapa cuba menyelesaikan permasalahan anak-anak hanya melalui "cuba-cuba" atau ikut rasa kerana anak-anak bukan bahan ujikaji.

Jalan penyelesaian terbaik adalah ibu bapa perlu berkorban untuk mempelajari kemahiran menangani anak bermasalah. Kami di AdikBijak.com menyediakan dua sumber berikut buat anda sebagai rujukan dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang.


21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG

22-21-Kaedah-Mendidik-Anak-.JPG

Harga Pasaran : RM19.90

Antara topik menarik di dalam:

  • Ibu Bapa Sebagai Teladan
  • Menjana Keyakinan Diri Anak-Anak
  • Kenal Pasti Kecenderungan dan Bakat Anak-Anak
  • Doa Yang Berterusan


MENANGANI ANAK BERMASALAH


1951198915291009024828.jpg

Harga Pasaran : RM19.90

Antara topik menarik di dalam:

  • Punca-Punca Anak Bermasalah
  • 30 Kesilapan Dalam Mendidik Anak
  • Tips Menangani Masalah Anak Mengikut Kes
    • Anak Malas Untuk Solat
    • Anak Iri Hati Sesama Sendiri
    • Anak Pendiam
    • dan lain-lain

DAPATKAN KEDUA-DUA BUAH BUKU PADA
PAKEJ PEMBELIAN YANG LEBIH ISTIMEWA!!!

SET PENDIDIKAN ANAK CEMERLANG

Harga Pasaran : RM39.80
Kos Penghantaran :
PERCUMA!!!

Buku-buku di atas adalah sekelumit bantuan dan pedoman buat ibu bapa dalam mendidik dan menangai masalah anak-anak di mana tips-tips dan panduan yang diberikan adalah berdasarkan kajian, pengalaman ibu bapa, sumber Al-Quran dan Hadith serta pendapat para ulama.

Buku yang mesti dimiliki oleh setiap ibu bapa.
 

"Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda"

7624CA85D1F63F05EB3237359229FFB9.png

QuantumBidadari.blogspot.com


p/s:


"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
 
Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya Rushaidin @ Azizah di talian 013 7027082 @ 019 7672123 atau email ke mrushaidin@gmail.com @ nor259@gmail.com untuk maklumat lanjut.

StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut"


3 Buku Pilihan Bulan Ini dari StormReaders!


3 Buku pilihan bulan ini dari StormReaders!

   
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
 
Penulis   :  Dato` Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah
HARGA  :  RM19.90

Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa.
 
Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak?
 

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya
 
Penulis     :  Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
HARGA  :  RM 20.00

Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas.
 
Sementara orang berkemampuan menjadikan nikah kahwin sebagai satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan. Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
 
Buku Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia agenda terpenting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.

Syamail Rasulullah S.A.W

Penulis     :  Imam al-Tirmizi
HARGA  :  RM 45.00

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:

1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
 
2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
 
3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
 
4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
 
5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.




Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.

ZIKIR.jpg
 
Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya Rushaidin di talian 013 7027082 atau email ke mrushaidin@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, June 22, 2010

Bermula dari RM3.10

RM3.10....

Rahsia RM3.10

hantaran_duit.jpg


1. Buka link di bawah ni
==>http://vur.me/rahsiaebook/jomjadiboss

2. Isi nama dan email dan anda akan dapat download video berkenaan bisnes internet. Dan anda akan dapat link pendaftaran affiliate PPL.

3. Daftar je affiliate PPL tu. (jangan gunakan
simbol masa daftar. Contoh: Jangan guna A_LI tapi sila guna ALI.

4. Promosikan link affiliate tu kat blog ke,
facebook ke, forum ke, email ke. (Siapa yang
pernah beli ebook panduan promosi affiliate
kerajaan di http://vur.me/rahsiaebook/affiliatekerajaan pasti tahu bagaimana nak promosikannya.)

5. Ada orang buka link url tu, dan isi nama dan
download, anda akan terima RM3.10 yang pertama.

img_8543.jpg

NOTA: Minimum payout (bayaran minimum) untuk PPL ni 20 downloader. Bawah dari tu tak dapat komisen. Dan ianya berlangsung sangat lama, iaitu selama setahun!Jadi, ini adalah peluang buat ANDA

Sebarang masalah boleh hubungi saya

Jap.... lupa nak explain apa tue PPL....

Pay-Per-Lead = PPL
Orang download, anda dapat duit… itu, simple kan?

So, juz sebarkan/promosikan link yg anda dpt semasa daftar affiliate PPL pd kawan2 anda





--

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu "

Selecting the Gender of Your Future Child

Banner-250-x-250__.jpg

While there are many debates over how ethical it is to choose the gender of your child before they are born, the fact remains that there are some natural methods you can use that will increase the likelihood of having a child of a specific gender. The ethics of it are up to you and while no method is 100% accurate, there are a few things that you can try that will help you increase your chances for having either a boy or a girl.

These methods are centered around the fact that the sperm who carry Y chromosomes (which are necessary for a boy) are very different from the sperm that carry the X chromosome (which are necessary for a girl). By understanding these differences, and choosing the right methods,  you are creating an environment where one type of sperm can outshine the other and reach the main destination first. Let's take a look at what you can do.

The Right Diet

Y sperm require an enivornment that is alkalai in nature, while X sperm need more acid. The PH levels of your body determine how thick the cervical discharge is and whether or not the desired sperm will be able to get through successfully. In order to have a girl, you need to eat a diet that is rich in calcium and magnesium. In order to have a boy, a diet rich in potassium and sodium is required.

The Right Time

The timing of when you have intercourse can greatly affect the gender of your child. Because the Y sperm need to reach the egg as quickly as possible, it is necessary to time intercourse to the day that you ovulate to increase your chances of having a boy. They will be able to reach the egg while it and they are still viable.

But in order to have a girl, you need to give the Y sperm time to die off, leaving the more durable X sperm behind. This means that you will need to time intercourse to approximately two to three days before ovulation. This gives the X sperm more than enough time to reach the egg.

The Right Position

The position you choose for intercourse can also determine the sex of your child. Once again, we fall back to the differences between sperm. The Y sperm need to reach their destination in as little time as possible. This means that they need to be released as close to the cervix as possible, shortening the trip they must take to the egg. Positions that allow for deep penetration are ideal.

In order to have a girl, you need to make it more difficult for the Y sperm to reach their target on time. This means that positions where shallow penetration is achieved are necessary. The sperm will be deposited further away from the cervix, giving the X sperm the chance they need to reach the egg, and allowing the Y sperm to die off.

Banner-468-x-60-__.jpg


--
"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu "

Friday, June 18, 2010

Selamatkan Diri Dari Kebodohan

Blog Entry SELAMATKAN DIRI DARI KEBODOHAN..Jun 18, '10 11:27 AM
by muhammad for group islamunderattack


1. Orang yang bodoh adalah yang menganggap dirinya tahu tentang makrifat ilmu yang sebenarnya tidak diketahuinya dan dia merasa cukup dengan pendapatnya saja.

2. Orang yang alim mengetahui orang yang bodoh karena dia dahulunya adalah orang yang bodoh, sedangkan orang yang bodoh tidak mengetahui orang yang alim karena dia tidak pernah menjadi orang alim.

3. Orang bodoh adalah kecil meskipun dia orang tua, sedangkan orang alim besar meskipun dia masih remaja.

4. Allah tidak memerintahkan kepada orang bodoh untuk belajar sebelum Dia memerintahkan terlebih dahulu kepada orang alim untuk mengajar.

5. Segala sesuatu menjadi mudah bagi dua macam orang : Orang alim yang mengetahui segala akibat dan orang bodoh yang tidak mengetahui apa yang sedang terjadi padanya.

6. Ada dua orang yang membinasakanku : Orang bodoh yang ahli ibadah dan orang alim yang mengumbar nafsunya.

7. Imam 'Ali AS menjawab pertanyaan seorang yang bertanya kepadanya tentang kesulitan, dia berkata, "Bertanyalah engkau untuk dapat memahami dan janganlah engkau bertanya dengan keras kepala. Sebab, sesungguhnya orang bodoh yang terpelajar serupa dengan orang alim dan orang alim yang sewenang-wenang serupa dengan orang bodoh yang keras kepala."

8. Engkau tidaklah aman dari kejahatan orang bodoh yang dekat denganmu dalam kekerabatan dan ketetanggaan. Sebab, yang paling dikhawatirkan terbakar nyala api adalah yang paling dekat dengan api itu.

9. Alangkah buruknya orang yang berwajah tampan, namun dia bodoh. Ia seperti rumah yang bagus bangunannya, tetapi penghuninya orang yang jahat, atau seperti taman yang penghuninya adalah burung hantu, atau kebun kurma yang penjaganya adalah serigala.

10. Janganlah engkau berselisih dengan orang bodoh, janganlah engkau mengikuti orang pandir dan janganlah engkau memusuhi penguasa.

11. Yang engkau lihat dari orang yang bodoh hanyalah dua hal : Melampaui batas atau boros.

12. Sebodoh-bodoh orang adalah orang yang tersandung batu dua kali.

13. Menetapkan hujjah terhadap orang bodoh adalah mudah, tetapi mengukuhkannya yang sulit.

14. Tidak ada kebaikan dalam hal diam tentang suatu hukum, sebagaimana tidak ada kebaikan dalam hal berkata dengan kebodohan.

15. Tidak ada penyakit yang lebih parah daripada kebodohan.

16. Dan tidak ada kefakiran yang sebanding dengan kebodohan.


(Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah)

Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda note ini bermanfaat


Sumber : Majalah Cahaya SUFI

Tags:



-----------------------------------


"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu

atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu "

Thursday, June 17, 2010

3 Easy Steps in Choosing Your Baby's Gender Before Conception!



ecover_L.jpg

"3 Easy Steps in Choosing Your
Baby's Gender Before Conception!"

 

Step #1: Ovulation and Importance of Knowing When you are Ovulating for Conceiving a Boy or Girl

When you know more about how your body conceives and nurtures your baby you will want to take the best care of yourself you can.

As a woman, there are very short periods of time when you are likely to conceive. In these short periods of time, certain factors will decide to whether a  boy or a girl is conceived.

It is as simple as this:

If your ph is alkaline you are much more likely to have a boy.

If your ph is acidic you are much more likely to have a girl.

You'll also find out more about the importance of basal body temperature and how to take it. The facts about cervical mucus and many more things you, as a woman, need to know about your body to help you conceive.

To cut the long story short, the timing of your intercourse is vital and the Prince or Princess Guide will give you a clear picture of how and when to time your intercourse.

 

Step #2: Adjust Your Diet to Create the Ideal Environment for Sperm X or Sperm Y

As a woman when you decide to conceive a child you need to change your lifestyle. Most of us do not take as good of care of ourselves as we should.  I cover what a good diet is for conception as well as specific diets which can help to increase your chances of getting a boy or a girl baby.

The diets are very easy to do, with minimal preparation.

You will be able to understand how small changes in your diet, either leaving out foods or adding certain foods will raise the ph or lower it. This is needed in order to increase the probability of you conceiving a certain baby gender.

I also cover good and bad foods for pregnancy and how you need to be concerned about your alcohol, tobacco and other drug treatments when pregnant and if you decide to nurse your baby later.

The decision to have a baby is not a light one and you and your partner should consider all the changes and sacrifices that will need to be made to have a healthy baby. Having your new baby will be worth it all!

 

Step #3: Use a Particular Sexual Position to Conceive a Boy or a Girl

I cover the different sexual positions and which ones work the best for a boy or a girl. The positions are normal ones, very easy to do and comes with sketched graphics for better understanding. You will find out how different positions will help to place the either the "X" or "Y" chromosome sperm in the best position to be fertilize the egg which ultimately determines the sex of the baby. 

YES, it is that simple!  Are you ready to try it now?

Maybe you are still skeptical and I don't blame you for that. There are many scams on the internet (as I found out during the course of my research) but dear mum to be, let me guarantee you that you will not be disappointed with the Prince or Princess Guide.




Clik here for more info
Related Posts with Thumbnails